Bagaimana pembedahan naturopathic boleh terjadi dan
sejauh mana ianya wujud dalam kajian sains ?
Rahsia
pembedahan naturopathic melalui medium air sebagai penawar paling hebat abad
ini.
Contoh-contoh
soalan ;
- Boleh tuan terangkan mengapa dalam sistem naturopathic menggunakan air mampu bertindak sebagai penawar ?
- Boleh terangkan bagaimana dengan menggunakan sebutan sebutan keatas air dapat mengubati penyakit didalam tubuh badan ?
Air merupakan salah satu rahmat Allah S.W.T kepada kita. Kepentingan air sama seperti oksigen. Ia merupakan elemen penting demi kelangsungan hidup seseorang manusia dimana jika seseorang itu tidak meminum air selama seminggu, insan tersebut akan mengalami kegagalan serius pada organ-organ dalaman dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.
Di dalam al-Quran, terdapat ayat-ayat suci al-Quran
yang menceritakan kepentingan air untuk manusia dan segalan kehidupan dimuka
bumi ini.
Air membentuk kira kira 55-57% daripada berat badan
kita dan memainkan perananan penting dalam hampir setiap fungsi utama
tubuh.Oleh yang demikian, pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi amat
penting untuk tubuh kita menjalankan fungsinya dengan sempurna.Ia mustahak
untuk melarutkan sisa metabolism seperti asid urik dan urea yang diangkat oleh
darah ke buah pinggang. Oleh kerana itulah, air yang mencukupi diperlukan untuk
mengeluarkan bahan buangan ini daripada tubuh. Kekurangannya akan memaksa buah
pinggang berkerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan
boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.
Lebih 75% daripada tubuh badan manusia terdiri
daripada air.Sekiranya air yang terkandung dalam tubuh badan ialah bersih dan
suci, sel sel tubuh tentu sahaja menjadi lebih sihat dan kuat.Oleh sebab itu,
pengambilan air yang bersih dan mencukupi boleh merangsang system pertahanan
badan, metabolisma sel dan mengurangkan risiko sel-sel badan daripada menjadi
tidak normal dan tidak sihat.
Ujian Naturopathic Yang Dapat
Mengubah Hidup
Dunia
sekarang semakin canggih, dengan darah yang kurang sesudu teh, saintis dapat
mengesan 2500 jenis masalah kesihatan yang dialami dan yang bakal dihidapi
nanti.500 daripadanya mampu dirawat awal. Melalui sesudu
teh darah itu juga ujian naturopathic sudah dapat mengesan apa yang bakal
dihadapi seorang bayi apabila dia meningkat dewasa seperti dalam ujian genetik.
Saintis turut dapat memeriksa kesemua 21000 genetik yang mengalami mutasi yang
mampu meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit.
Bayangkan, melalui ujian ringkas DNA, kita dapat
mengetahui sama ada anak kita mempunyai risiko diabetis pada masa hadapan
lantas boleh mengawal diet anak-anak dari awal. Keadaan yang sama wujud dalam
kaedah rawatan naturophatic didalam melalui ilmu firasat dari penggunaan air
melalui kayu pintar, kita dapat jangkaan
sesuatu penyakit yang boleh muncul di masa hadapan.
Jika mereka berisiko untuk menghidap asma yang
kronik, langkah pencegahan seperti tidak membela haiwan atau menghindar
pengambilan sebarang makanan yang boleh menjadi pencetus masalah tersebut.
Topik menarik mengenali
ujian genetic baru yang mampu mendedahkan risiko-risiko penyakit yang bakal
dihadapi seorang individu seawal usia bayi ini menghiasi muka depan majalah
Time edisi 24 Disember lalu dibawah tajuk “Want To Know My Future?”. Dalam
kaedah naturophatic, kita mampu jangkakan masa depan kesihatan kita melalui
peraturan-peraturan ilmu firasat yang telah dirancang.
Di dalam artikel empat halaman di bawah segmen
kesihatan dan genetic, penulisnya menyatakan pemeriksaan terhadap 23 genetik
dapat mendedahkan rawatan kimoterapi yang mana tidak dapat mengubat bakal
pesakit kanser payudara, pengetahuan yang turut dapat menyelamatkan
sejumlah besar wang daripada dibazirkan untuk rawatan yang salah. Dalam kaedah
ilmu naturopathic, kita dapat menyelamatkan lebih ramai orang dari menjadi
mangsa perubatan yang salah.
Ramai yang tidak sedar tentang kelayakan mereka
untuk mendapatkan sesuatu rawatan.Ramai yang sering menjadi mangsa sesuatu
penyakit hingga menemui maut akibat salah mendapat rawatan.
Pelbagai
masalah kesihatan dapat dikesan awal sebelum ia muncul, contohnya Alzheimer,
Diabetis, Kanser, Parkinson, Glukoma, Dementia, Epilepsi, Fibroid, Obeseti dan
bermacam-macam lagi.
Ubatan berbentuk vitamin, mineral dan herba yang
dibekalkan oleh pusat kami (yang bersifat kod penawar gelombang) sebenarnya
mampu membantu menghentikan proses kerosakan sel dan DNA dengan cara
memberikan electron kepada radikal bebas. Antara fungsi rawatan kami ialah ia
akan meneutralkan radikal bebas sehingga tidak mempunyai kemampuan lagi mencuri
electron dari sel dan DNA. Proses yang terjadi sebenarnya sangat kompleks dan
rumit, namun begitulah hakikatnya.
Tujuan kami mengambil sample rambut anda ialah
supaya pusat kami dapat memperbaiki sistem saraf (DNA dan RNA) dan immune
sistem anda.
Tujuan kami mengambil sample air liur atau kuku ialah
supaya pusat kami dapat mengimbangi kestabilan hormone dalaman anda termasuk
glandular sistem.
Antara kelebihan lain pusat perubatan kami ialah ia
mengandungi pelbagai kod penawar gelombang elektromagnetik yang mampu membunuh
gelombang penyakit yang ada didalam tubuh, mampu membunuh jasad dan roh kuman,
mampu menguatkan sel stem, mampu memperbaiki DNA dan RNA dan mampu menguatkan
antibody serta immune sistem secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.
Hasil kajian perubatan juga menunjukkan bahawa tubuh
badan kita memerlukan beberapa enzim bagi tubuh melaksanakan tugas mereka.
Salah satu enzim yang berfungsi untuk menyahkan
toksin dalam badan adalah enzim yang dipanggil (Rhodanese) yang boleh dijumpai dalam
kuantiti yang banyak diseluruh tubuh yang sihat , kecuali pada bahagian yang
ada sel-sel kanser .
Oleh itu , kami di pusat rawatan ini akan
membekalkan pancaran gelombang elektromagnetik kuasa suara melalui mineral imun
kepada pesakit kami sehingga ia mampu membunuh gelombang (roh) dan jisim sel
barah mahupun anasir jahat serta menyahkannya melalui peluh , air kencing dan
pembuangan air besar . Ini kerana antara fungsi utama pusat rawatan kami ialah
mampu membunuh sel barah dengan efisyen .
Natijahnya , pusat rawatan kami sangat sesuai bagi
mereka yang menghidap barah , penyakit jantung . Pelbagai penyakit saraf dan
penyakit berkaitan hormon serta anti-body . Ini kerana apabila penawar
gelombang elektromagnetikk memasuki ke dalam tubuh pesakit barah . Ia akan
dipecahkan oleh enzim Rhodanese .Kemudian enzim Rhodanese pula akan memecahkan
Hidrogen Sianida dan Benzaldenyde kepada 2 bahagian , Thiocyanate dan Benzole
asid merupakan enzim yang sangat diperlukan oleh sel-sel yang sihat untuk
menjalankan proses metabolisme.
Hasil proses metabolism enzim tersebut akan
menghasilkan vitamin dan mineral manakala lebihan dari proses metabolisme
tersebut akan dikeluarkan oleh sistem pembuangan secara nuteralpathic samada
melalui peluh , air kencing dan najis .
Pada sel barah hanya terdapat enzim Beta-Glulosidase
dengan banyaknya . Sebaliknya apabila ubatan tanpa kimia/dadah - berasaskan
pusat kami 2,500 lebih halus dari sel darah bertemu dengan enzim
Beta-Glulosidase , satu tindak balas kimia akan berlaku disini
iaitu Hidrogen Sianida bergabung dengan Benzaldenyde . Gabungan ini akan
menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser .
Kesimpulannya , rawatan kami juga diibaratkan
laksana anti virus yang mampu mengesan (scan) ketidakseimbangan tubuh dari
hujung rambut ke hujung kaki . Jika ada DNA , sel stem ataupun sel lain yang
musnah , ia akan berusaha memperbaiki , memperkuatkan , malahan mampu
menstabilkan pelbagai hormon serta menguatkan antibodi tubuh secara
(semulajadi) menurut fitrah kejadian manusia .
Semoga anda menemui penawar yang di cari selama ini
dan sebaik-baik penawar adalah terapi mineral kita sendiri .
No comments:
Post a Comment