DUNIA METAFIZIK

APAKAH DIA DUNIA METAFIZIK

            Memahami persoalan supernatural , dunia metafizik ataupun alam ghaib memang amat rumit dan Sofistikated . Ia merupakan satu dimensi yang berlainan dengan alam Fizikal ini , iaitu alam yang halus dan tidak dapat diamati menerusi pancaindera manusia biasa.
        Bagi sesetengah masyarakat barat , terutamanya saintis , alam ghaib ini dilihat dari sudut realisme dan materialistik . Maksudnya , alam ghaib perlu ada pembuktian empirik dan perlu bersifat saintifik untuk membuktikan kewujudannya . Namun , kebanyakkan masyarakat dunia mendefinisikan ilmu yang berkaitan alam ghaib ini selari dengan pegangan agama , serta kepercayaan turun-temurun atau animisme dalam sesebuah masyarakat berkenaan .
          Dalam Islam , alam ghaib merupakan satu persoalan yang hakiki , yakni wajib dipercayai dalam sial ketuhanan , islam itu sendiri , ALLAH S.W.T itu bersifat ghaib . Begitu juga dengan kewujudan malaikat , iblis dan jin . Semua ini membabitkan pemahaman spiritual yang berdasarkan wahyu al-Quran dan juga hadis nabi .
Menurut Dr Jahid bekas pensyarah Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya , kepercayaan terhadap alam ghaib dalam islam adalah tuntutan dan wajid diketahui serta difahami . Namun begitu , ia terhad pada had-had dan batas tertentu .
Bagi Dr Jahid , tanggapan ini munasabah kerana makhluk ghaib tidak mungkin dapat dilihat oleh manusia biasa , selain sifat makhluk itu sendiri yang halus dan rahsia. Hanya manusia yang mempunyai kasyaf yang dapat melihatkan makhluk tersebut , tetapi ia berlaku kepada orang yang dikhendaki ALLAH S.W.T sahaja secara kebetulan. 
Kita perlu mempercayai alam ghaib dan kuasanya untuk mempercayai kewujudan ALLAH dan telah ditentukan had manusia mengenainya , sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan hadis sahaja .
Masalahnya , kebanyakkan masyarakat kurang memahaminya hingga timbul pelbagai "kepercayaan" lain. Ia patut dihindari kerana kepercayaan terhadap alam ghaib ini sangat rapat dengan akidah seseorang . Ini kerana ilmu alam ghaib dan kuasa ghaib ini adalah tentang ketuhanan , yakin ALLAH S.W.T tegas Dr Jahid .


Definisi Aura Metafizik

Sesungguhnya , energi kuasa suara (antara melibatkan al-Quran) sangatlah hebat berbanding energi aura biasa yang hanya menggunakan meditasi umum sebagai medium penjanaan energi . Oleh sebab itulah kenapa kami sebagai pengamal ilmu pengamal ilmu perubatan aura sains metafizik nuteralpathic menjadikan islam sebagai tunjang kekuatan keyakinan dengan ALLAH dan menjana Aura kami dan kami tidaklah hanya bergantung dengan meditasi umum semata-mata . 
Islam tidak menyempitkan ilmu perubatan hanya menggunakan kaedah tertuntu semata-mata , islam juga membenarkan perubatan konvensional moden , refleksologi , urutann , herba , mineral , vitamin , perubatan Aura dan sebagainya walaupun tidak menggunakan rukyah syar'iyyah , asalkan selagi perubatan tersebut tidak melampaui sempadan syari'at islam yang mulia .
Sebelum kita menuduh yang bukan-bukan terhadap rawatan kami . baik kita berlapang dada untuk mengkaji dan meneliti ilmu dan rawatan bukan gimik kosong . Banyak kajian dan peralatan teknologi canggih yang telah digunakan untuk mengkaji perkembangan ilmu ini. ilmu ini bukanlah sesuatu yang mistik semata-mata tanpa dapat ditemui punca dan asalnya . Jika ilmu dan rawatan kami berunsur jin , pasti ilmu ini tidak akan dapat dihuraikan melalui sains metafizik atau sains fizik , pasti tiada kajian yang dapat dijalankan . Ahli sihir yang mensyirikkan ALLAH , sama sekali tidak akan dapat menghuraikan dari mana ilmnu yang dia perolehi mengikut takta dan kajian .
Islam sendiri pun telah menegaskan bahawa . " kita hanya berhukum dengan sesuatu yang zahir " yang zahir ini maksudnya dapat dikaji denga fakta sains . Ini bukan cakap-cakap kosong semata-mata atau sangkaan semata-mata.
Aura Gelombang mengikut hukum metafizik merupakan lapisan-lapisan halus yang terbentuk di luar objek atau tubuh manusia .Aura adalah medan arus tenaga elektromagnetik atau perisai halus yang terdiri daripada sejumlah getran gelombang tenaga yang bersifat metafizik (ghaib) . Ianya berperanan melindungi tubuh manusia dari getaran tenaga negatif dan serangan radiasi luaran yang boleh merosakkan sistem tubuh manusia dari sinar UV yang berlebihan hinggalah kepada kesan sinar infrared tang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia .
Setiap sesuatu yang memiliki tenaga dan medan tenaga . Sedangkan besi berani yang kaku dan mati itu mempunyai tenaga dan medan tenaga , inikan pula manusia yang ALLAh telah jadikan dengan sehebat-hebat kejadian yang memiliki sistem yang layak menjadi khalifah di muka bumi ini . Sudah tentu manusia juga memiliki medan tenaga yang hebat yang melingkar disekelilingnya tubuhnya yang dikenali sebagai Aura sains . Semua orang merasai Aura Saing mereka jika tangan meraka sensetif boleh dilatih dan diaktifkan penggunaannya . Aura Getaran hukum sains bukan mainan akal atau psikologi otak semata-mata , melainkan ianya adalah benar dan sahih mengikut kajian saintifik . Ada sesetengah orang tidak dapat merasakan Aura mereka kerana tangan mereka mungkin tidak sensitif dengan lapisan tenaga tersebut .
Mereka yang mengatakan bahawa ilmu Aura Metafizik ini hanya khayalan semata-mata adalah tidak benar ,dan hujah itu membuktikan mereka tidak dalam penilaian dan kajian ynag meraka lakukan meraka adalah golongan yang ketinggalan zaman , menolak perkembangan kaedah perubatan dan berfikiran jumud .
Jika seseorang yang sedang menghidap penyakit kemudian dia mendapatkan rawatan nuteralpathic , maka penyakit yang dihidapai akan beransur pulih ( hanya dengan keizinan ALLAH semata-mata) Kerana getaran gelombang tenaga auranya telah distabilkan , " ditampal" dan pulih dari sebarang kebocoran , In Sha ALLAH . Aura getaran yang baik dan seimbang juga dapat menghasilkan peribadi dan sikap yang positif , akhlak yang terpuji dan sentiasa menarik perhatian yang positif masyarakat sekeliling kepadanya , hidupnya sentiasa semangat dan memberi semangat kepada orang lain . Tidak menghina dan memperlekehkan orang lain .
Manakala lapisan aura yang rosak dan tidak sihat , akan menyebakan pelbagai masalah kesihatan tubuh badan , mengundang pelbagai radiasi luar badan dan mengundang pelbagai jenis penyakit , sentiasa berfikiran negatif dan mempengaruhi orang lain supaya bersikap negatif sepertinya , sikap serta peribadi yang bermasalah , selalu menganggap diri lebih hebat , menghina orang lain , hilang kekuatan diri (yang bercanggahan dengan syariat) , memberontak , degil dan pelbagai lagi sifat-sifat mazmumah . sifat-sifat tercela yang melanda dirinya.
 Aura getaran gelombang adalah kelebihan manusia yang ALLAH Ta'ala ciptakan ilmu ini bukan sangkaan atau permainan akal fikiran semata-mata seperti yang dituduh oleh segelintir masyarakat . Ilmu dan rawatan kami telah dikaji dengan kajian saintifik bukan dongeng semata-mata dibawah tajuk Aura (satu realiti) . Banyak kajian telah dilakukan . Ianya adalah gabungan ilmu sains perubatan timur dan barat . Apabila ianya telah dikaji mengikut sains , maka sudah pastinya kajian tersebut berdasarkan bukti , realiti dan bukan sekadar teori atay sangkaan kosong . Apa yang paling penting , ilmu dan rawatan metafizik nuteralpathic ini bukan bersumber dari jin seperti yang dikatakan oleh sesetengah perawat iri hati .

No comments:

Post a Comment